Aktiviti


             Masjid Mukim Batu Sebelas sentiasa mengadakan aktiviti yang berilmiah seperti membuat ceramah selepas solat maghrib dan pada pagi hari Jumaat. AJK Masjid Batu Sebelas menjemput penceramah dari luar datang memberi ceramah di masjid ini. Oleh demikian iannya sangat memberi manfaat kepada penduduk kampung untuk menambah lagi ilmu pengetahuan agama.





    Aktitvi yang selalu dilakukan pada setiap bulan  awal Maal Hijrah di Masjid adalah Mengacau Asy Syura. Beberapa orang penduduk kampung Batu Sebelas bersama AJK Masjid Mukim Batu Sebelas akan turut serta dalam aktiviti mengacau Syura.Dengan ini , kita dapat mengerat silaturahim antara penduduk kampung tersebut.






Selain daripada aktiviti mengacau Asy Syura di masjid, Ahli Masjid Mukim Batu Sebelas juga mengadakan aktiviti bergotong - royong dan juga membakar lemang  di jamukan kepada penduduk kampung yang datang bergotong-royong di masjid. Dengan ini kita dapat mengeratkan hubungan sesama penduduk kampung.


Ulasan

Rumah Allah

Masjid Sebagai Pusat Perkembangan Ilmu